July 21, 2010
all about my life stories.., artikel kesihatan
No Comments
Sepanjang aku bercuti panjang ni atau lebih tepat ngan istilah “tanam anggur” sementara menanti hari bersalin (skang dah 33 weeks), aku rajinla dok tercari-cari petua nak memudahkan atau mengurangkan sakit bersalin. Almaklumlah, ni first baby n aku pun memang takde pengalaman langsung..huhu~. Untuk mengurangkan kebimbangan, resah gelisah di hati memikirkan kesakitan during deliver nanti, aku pun dengan gigihnya mengumpulkan petua-petua daripada blog-blog dan forum yang sudi berkongsi petua dan pengalaman sakit bersalin. Akan aku “menerai” sume petua yang aku dapat demi kesejahteraan masa depan (ayat takleh bla..)hehe.. Ok, jom kita kongsi petua yang aku dapat ni..
PETUA MEMUDAHKAN BERSALIN/MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN:-
-
Dua minggu sebelum due tu, cuba amalkan makan telur separuh masak untuk memberi tenaga.
-
Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.
-
Selain telur mentah, masa dah rasa sakit tu, minum milo atau susu yang dibancuh dengan planta. Mengikut kata mereka, untuk bagi laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi (3x @ 7x), surah al-fatihah sekali, then baca doa nabi yunus (3x@7x) yang berbunyi “La ilahailla anta subhanaka inni kuntum minadzzolimiin”
-
Boleh jugak rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu.
-
Semasa mengandung, jaga tatasusila dengan suami n orang-orang sekeliling kita.
-
Minta maaf ngan suami, ibu bapa, ibu bapa mertua n sume orang masa dah dekat nak bersalin tu.
-
Amalkan baca surah Maryam, yang ni memang telah disebut dalam Al-Quran.
-
Masa dalam labour room tu, banyakkan baca doa nabi Yunus berulang-ulang kali beserta “Ya Fattah” banyak-banyak kali gak supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan sakit.
-
Minum air selusuh (better air yang telah dibacakan oleh hubby sendiri dengan ayat-ayat tertentu) masa laluan dah terbuka.
-
Banyakkan minum air kelapa pada hujung-hujung nak bersalin tu. Amalkan juga makan kurma dalam bilangan ganjil (3@7 biji).
-
Banyakkan berjalan..gi shopping ke, jalan-jalan kat taman ke or jalan-jalan dalam umah pun boleh..asalkan banyak berjalan n jangan malas-malas, nanti susah nak deliver.
-
Amalkan makan sayur bendi..kalo boleh, hari-hari la..
-
Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan-lahan. Buat banyak-banyak kali tapi janganla laju-laju sangat. Senaman ni boleh dibuat apabila usia kandungan tu dah mencecah 38 weeks ke atas la..
-
Selain tu, duduk macam bersila pastu temukan kedua-dua tapak kaki, pegang jari-jari kaki tu, tolakkan kedua-dua tapak kakiĀ ke arah vagina kita.
-
Masa meneran dalam labour room tu, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan “dot dot” koyak atau koyak banyak.
-
Amalan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj boleh melembutkan bahagian tersebut, so takdelah mudah koyak semasa melahirkan. Amalkan semasa bulan terakhir nak bersalin.
-
Petua dr fadzilah kamsah; isteri kena rajin main-main ngan janggut suami. Main-main camne tu tak pastila plak..urut-urutla kot..
-
Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan pun cepat-cepat.
-
Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.
-
Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.
-
Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.
-
Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.
-
Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.
-
Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus ke dalam segelas air. Amalkan minum masa berbuka posa (kalo posa la..kalo xposa, leh digunapakai ngan cara tersendiri).
Erm, takat ni je la petua-petua yang dapat aku kumpul untuk amalan bersama. Petua-petua ni sekadar ikhtiar je, yang penting bertawakkal n berserah kat Allah s.w.t. Senang susah nak bersalin ni ketentuanNya..kalo senang tu, dah kira rezeki memasingla kan..Aku harap petua-petua ni dapat membantu ibu-ibu muda (muda ke? muda la..lom masuk 26 pun lagi..huhu~) cam aku ni n of coz takde pengalaman (^_^)
Sekian
End.