Petua memudahkan bersalin

all about my life stories.., artikel kesihatan No Comments

Sepanjang aku bercuti panjang ni atau lebih tepat ngan istilah “tanam anggur” sementara menanti hari bersalin (skang dah 33 weeks), aku rajinla dok tercari-cari petua nak memudahkan atau mengurangkan sakit bersalin. Almaklumlah, ni first baby n aku pun memang takde pengalaman langsung..huhu~. Untuk mengurangkan kebimbangan, resah gelisah di hati memikirkan kesakitan during deliver nanti, aku pun dengan gigihnya mengumpulkan petua-petua daripada blog-blog dan forum yang sudi berkongsi petua dan pengalaman sakit bersalin. Akan aku “menerai” sume petua yang aku dapat demi kesejahteraan masa depan (ayat takleh bla..)hehe.. Ok, jom kita kongsi petua yang aku dapat ni..

PETUA MEMUDAHKAN BERSALIN/MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN:-

  1. Dua minggu sebelum due tu, cuba amalkan makan telur separuh masak untuk memberi tenaga.

  2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.

  3. Selain telur mentah, masa dah rasa sakit tu, minum milo atau susu yang dibancuh dengan planta. Mengikut kata mereka, untuk bagi laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi (3x @ 7x), surah al-fatihah sekali, then baca doa nabi yunus (3x@7x) yang berbunyi “La ilahailla anta subhanaka inni kuntum minadzzolimiin”

  4. Boleh jugak rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu.

  5. Semasa mengandung, jaga tatasusila dengan suami n orang-orang sekeliling kita.

  6. Minta maaf ngan suami, ibu bapa, ibu bapa mertua n sume orang masa dah dekat nak bersalin tu.

  7. Amalkan baca surah Maryam, yang ni memang telah disebut dalam Al-Quran.

  8. Masa dalam labour room tu, banyakkan baca doa nabi Yunus berulang-ulang kali beserta “Ya Fattah” banyak-banyak kali gak supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan sakit.

  9. Minum air selusuh (better air yang telah dibacakan oleh hubby sendiri dengan ayat-ayat tertentu) masa laluan dah terbuka.

  10. Banyakkan minum air kelapa pada hujung-hujung nak bersalin tu. Amalkan juga makan kurma dalam bilangan ganjil (3@7 biji).

  11. Banyakkan berjalan..gi shopping ke, jalan-jalan kat taman ke or jalan-jalan dalam umah pun boleh..asalkan banyak berjalan n jangan malas-malas, nanti susah nak deliver.

  12. Amalkan makan sayur bendi..kalo boleh, hari-hari la..

  13. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan-lahan. Buat banyak-banyak kali tapi janganla laju-laju sangat. Senaman ni boleh dibuat apabila usia kandungan tu dah mencecah 38 weeks ke atas la..

  14. Selain tu, duduk macam bersila pastu temukan kedua-dua tapak kaki, pegang jari-jari kaki tu, tolakkan kedua-dua tapak kakiĀ  ke arah vagina kita.

  15. Masa meneran dalam labour room tu, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan “dot dot” koyak atau koyak banyak.

  16. Amalan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj boleh melembutkan bahagian tersebut, so takdelah mudah koyak semasa melahirkan. Amalkan semasa bulan terakhir nak bersalin.

  17. Petua dr fadzilah kamsah; isteri kena rajin main-main ngan janggut suami. Main-main camne tu tak pastila plak..urut-urutla kot..

  18. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan pun cepat-cepat.

  19. Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.

  20. Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.

  21. Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.

  22. Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.

  23. Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.

  24. Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus ke dalam segelas air. Amalkan minum masa berbuka posa (kalo posa la..kalo xposa, leh digunapakai ngan cara tersendiri).

Erm, takat ni je la petua-petua yang dapat aku kumpul untuk amalan bersama. Petua-petua ni sekadar ikhtiar je, yang penting bertawakkal n berserah kat Allah s.w.t. Senang susah nak bersalin ni ketentuanNya..kalo senang tu, dah kira rezeki memasingla kan..Aku harap petua-petua ni dapat membantu ibu-ibu muda (muda ke? muda la..lom masuk 26 pun lagi..huhu~) cam aku ni n of coz takde pengalaman (^_^)


Sekian

End.

Murung akibat krisis ekonomi

artikel kesihatan, kesihatan & kecantikan No Comments

Berikutan krisis ekonomi kat negara kiter nih, ramai pekerja yang dh pon diberhentikan kerja..So, biler dah kene benti keje tuh, ramailer yang mengalami tekanan perasaan cam depresi atau kemurungan..Takut gak aku ngan bende2 cmnih..yerla, aku nih tgh study lg n bakal grad thn dpn, insyaAllah..Yg wat aku takut, tak dapat keje. Takkan ler aku nak dok goyang kaki jer kat umah..Walaupun aku nih dh kawen n patut dok umah jaga laki n anak2, tp aku nak gak bekerja, nak bantu husband aku..takkanler nak biar die sensorg jer carik duit..Ne cukup beb!!. Tgh berdua nih mybe still cukupler, tp kalo dh bertiga, berempat, berlima ker..mmg x cukup kalo aku nk harap die jer bekerja..Tahler, apa yg aku harap skang, moga2 rezeki kami berdua murah n aku akan dpt kejer secepat mungkin lepas aku grad. Berikut adalah artikel kesihatan yg aku amik daripada utusan online tentang punca kemurungan disebabkan kemelesetan ekonomi yg tgh melanda kini..

“KEHILANGAN kerja merupakan cabaran utama penduduk seluruh dunia yang berkemungkinan berdepan dengan masalah kemurungan. Pada zaman serba memerlukan wang ini, pengangguran merupakan satu mimpi buruk dan perlu dihindari oleh setiap pekerja kerana desakan hidup masa kini yang semakin mencabar. Semuanya memerlukan wang untuk meneruskan hidup walaupun mengetahui krisis ekonomi bukan sesuatu yang dirancang kerana ia berlaku secara tidak diduga.

Sebelum krisis ekonomi semasa berlaku orang ramai menghadapi kejutan kenaikan harga minyak serta makanan. Malaysia sebelum ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 yang mengakibatkan perbelanjaan kerajaan terjejas dan harga komoditi jatuh mendadak.

Negara juga pernah mengalami krisis kewangan Asia yang berlaku 1997-1998 dan apa yang dihadapi Malaysia turut dialami oleh negara-negara kuasa besar dunia.

Semakin meningkat

Dalam keadaan ekonomi seperti ini, bilangan pesakit kemurungan secara suka rela berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan meningkat antara 10 hingga 20 peratus.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan negara boleh hilang keupayaan dan menambahkan bilangan kesengsaraan.

Secara tidak langsung, ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap modal insan negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya.

Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.

Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.

Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja, pengurus rumah tangga, isteri dan ibu kepada anak-anak.

Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.

“Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.

“Perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi kaum lelaki daripada kemurungan kerana merasakan kehidupan mereka sudah sempurna dan tanggungjawab selebihnya itu dialihkan kepada isterinya,” katanya ketika menyampaikan taklimat sempena Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia yang disambut buat kali pertama di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kesan murung

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, perasaan yang tidak positif dan terlalu memikirkan sesuatu boleh mengundang rasa sakit badan yang biasa dialami, yang berkemungkinan berkaitan dengan masalah kemurungan.

Masalah di tempat kerja juga mungkin dibawa pulang ke rumah dan meleret dari satu hari ke satu hari, sehingga menyebabkan sakit badan.

Para penyelidik mendapati pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan am pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.

Dr. Mohamad Hussain yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat tetapi menerusi rawatan, pesakit boleh menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan juga mempunyai keluarga selagi mereka mengambil ubat.

“Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos rawatan kanser payu dara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat kemurungan selama 20 tahun.

“Apa yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutamanya doktor di klinik yang menjadi barisan pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, termasuklah kesakitan fizikal yang sukar diterangkan,” jelasnya.

Bagi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan.

Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit berkenaan berulang adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama, 75 peratus (episod kedua) dan 95 peratus (episod ketiga kemurungan). Lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika pengambilan ubat dihentikan.

Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau hasil imbasan CT juga tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional.

Malah, lebih menyedihkan, terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif dan tradisional tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar.

Ada juga yang menganggap, masalah kemurungan berkaitan dengan kekurangan iman yang ada pada seseorang. Itu sebenarnya satu tanggapan salah kerana semua orang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kemurungan.

Kajian mendapati 82 peratus pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tidak dirawat sementara hanya 18 peratus diberi ubat anti kemurungan. Dari jumlah yang diberi ubat, hanya 10 peratus pesakit menerima rawatan sewajarnya.

Murung dan kesakitan fizikal

Perunding Psikiatri PPUM, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal berkata, kemurungan dan rasa sakit saling berkait.

Apabila seseorang menghidap penyakit, dia mempunyai risiko dua kali ganda untuk dilanda masalah kemurungan.

Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuklah jangkitan kuman.

Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut. Bagi sebilangan pesakit, kesakitan fizikal juga didapati berlanjutan lebih lama berbanding gejala kemurungan itu sendiri.

Bagaimana hubungan ini boleh terjadi? Antara penjelasan yang diterima ialah kedua-duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia otak dan sistem imunisasi badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan membunuh diri dan faktor genetik.

“Kemurungan memberi kesan kepada paras pemancar neuron (neurotransmiter) iaitu bahan kimia otak yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa,” ujar Dr. Nor Zuraida.

Semua orang mengalami rasa sakit tetapi tidak menjadi satu gangguan kerana ia dikawal oleh serotonin. Bagaimanapun, bagi orang yang mengalami kemurungan, paras dan aktiviti serotonin yang berkurangan akan menjejaskan kawalan terhadap rasa sakit. Akibatnya, pesakit berasa lebih sakit dan menderita.

Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara, tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur, keresahan melampau atau tiada perasaan, keletihan, tidak bertenaga atau kesakitan fizikal pada mana-mana anggota badan.

Antara sakit fizikal yang biasa dialami pesakit murung termasuk:

- Sakit pinggang - Kira-kira 59 peratus pesakit kemurungan ada masalah sakit pinggang. Dalam kebanyakan kes, masalah kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan dadah berlaku terlebih dahulu sebelum sakit pinggang.

- Sakit sendi (osteoartritis) pada pinggul atau lutut lebih kerap dialami pesakit tua yang murung.

- Kanser - 47 peratus pesakit kanser mengalami masalah psikiatri terutamanya jika kanser sudah merebak dan mereka berasa sangat sakit. Masalah psikiatri yang biasa pada pesakit kanser ialah kemurungan dan keresahan.

Perlu diingat, kemurungan tidak menyebabkan kanser tetapi kanser boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan. Pada masa sama, kebanyakan pesakit murung juga ada masalah kesihatan lain.

Sepanjang mendapatkan rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan.

Ahli keluarga juga memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Ramai pesakit dan ahli keluarga juga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba bermakna mereka memberi peluang tinggi (antara 60 hingga 70 peratus) masalah kemurungan untuk menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.” - Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT