Petua memudahkan bersalin

all about my life stories.., artikel kesihatan No Comments

Sepanjang aku bercuti panjang ni atau lebih tepat ngan istilah “tanam anggur” sementara menanti hari bersalin (skang dah 33 weeks), aku rajinla dok tercari-cari petua nak memudahkan atau mengurangkan sakit bersalin. Almaklumlah, ni first baby n aku pun memang takde pengalaman langsung..huhu~. Untuk mengurangkan kebimbangan, resah gelisah di hati memikirkan kesakitan during deliver nanti, aku pun dengan gigihnya mengumpulkan petua-petua daripada blog-blog dan forum yang sudi berkongsi petua dan pengalaman sakit bersalin. Akan aku “menerai” sume petua yang aku dapat demi kesejahteraan masa depan (ayat takleh bla..)hehe.. Ok, jom kita kongsi petua yang aku dapat ni..

PETUA MEMUDAHKAN BERSALIN/MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN:-

  1. Dua minggu sebelum due tu, cuba amalkan makan telur separuh masak untuk memberi tenaga.

  2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.

  3. Selain telur mentah, masa dah rasa sakit tu, minum milo atau susu yang dibancuh dengan planta. Mengikut kata mereka, untuk bagi laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi (3x @ 7x), surah al-fatihah sekali, then baca doa nabi yunus (3x@7x) yang berbunyi “La ilahailla anta subhanaka inni kuntum minadzzolimiin”

  4. Boleh jugak rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu.

  5. Semasa mengandung, jaga tatasusila dengan suami n orang-orang sekeliling kita.

  6. Minta maaf ngan suami, ibu bapa, ibu bapa mertua n sume orang masa dah dekat nak bersalin tu.

  7. Amalkan baca surah Maryam, yang ni memang telah disebut dalam Al-Quran.

  8. Masa dalam labour room tu, banyakkan baca doa nabi Yunus berulang-ulang kali beserta “Ya Fattah” banyak-banyak kali gak supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan sakit.

  9. Minum air selusuh (better air yang telah dibacakan oleh hubby sendiri dengan ayat-ayat tertentu) masa laluan dah terbuka.

  10. Banyakkan minum air kelapa pada hujung-hujung nak bersalin tu. Amalkan juga makan kurma dalam bilangan ganjil (3@7 biji).

  11. Banyakkan berjalan..gi shopping ke, jalan-jalan kat taman ke or jalan-jalan dalam umah pun boleh..asalkan banyak berjalan n jangan malas-malas, nanti susah nak deliver.

  12. Amalkan makan sayur bendi..kalo boleh, hari-hari la..

  13. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan-lahan. Buat banyak-banyak kali tapi janganla laju-laju sangat. Senaman ni boleh dibuat apabila usia kandungan tu dah mencecah 38 weeks ke atas la..

  14. Selain tu, duduk macam bersila pastu temukan kedua-dua tapak kaki, pegang jari-jari kaki tu, tolakkan kedua-dua tapak kakiĀ  ke arah vagina kita.

  15. Masa meneran dalam labour room tu, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan “dot dot” koyak atau koyak banyak.

  16. Amalan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj boleh melembutkan bahagian tersebut, so takdelah mudah koyak semasa melahirkan. Amalkan semasa bulan terakhir nak bersalin.

  17. Petua dr fadzilah kamsah; isteri kena rajin main-main ngan janggut suami. Main-main camne tu tak pastila plak..urut-urutla kot..

  18. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan pun cepat-cepat.

  19. Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.

  20. Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.

  21. Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.

  22. Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.

  23. Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.

  24. Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus ke dalam segelas air. Amalkan minum masa berbuka posa (kalo posa la..kalo xposa, leh digunapakai ngan cara tersendiri).

Erm, takat ni je la petua-petua yang dapat aku kumpul untuk amalan bersama. Petua-petua ni sekadar ikhtiar je, yang penting bertawakkal n berserah kat Allah s.w.t. Senang susah nak bersalin ni ketentuanNya..kalo senang tu, dah kira rezeki memasingla kan..Aku harap petua-petua ni dapat membantu ibu-ibu muda (muda ke? muda la..lom masuk 26 pun lagi..huhu~) cam aku ni n of coz takde pengalaman (^_^)


Sekian

End.

Blog launching

all about my life stories.., umum No Comments

Dah lama jugak rasanya aku tak update blog ni..dah berhabuk kot..Hihi. Actually aku tak brapa ada mood utk mengupdate blog ni disebabkan kesihatan yg tak mengizinkan. Tapi skang ni Alhamdulillah la dah ok sikit..biasala preggy mommy akan mengalami sume ni di awal tempoh kehamilan. Aku sebenarnya bukan nak cite pasal pengalaman aku pregnant tapi aku nak menguar-uarkan la tentang blog yang baru aku buka. Blog ni aku buka bertujuan untuk membuat jualan selendang atau lebih dikenali sebagai shawl secara online. Kepada pembaca yang berminat dengan shawl ni dan pembeli yg serius nak membuat belian secara online, sila2 la menjenguk ke blog baru aku tu ye..Memang diakui melambak2 blog jualan shawl ni..tapi aku nak mencuba jugak. Nak cari site income la..memandangkan aku still lum keje n nak tambah2 sikit duit buat belanja persiapan nak berbaby ni..huhu..Kepada yang berminat, kunjungilah blog aku yg baru nak merangkak ni ye..http://sweetshawlz.blogspot.com.

Daa~

boring mode~

all about my life stories.. No Comments

Erm.,tahla sejak aku pregnant ni badan asyik tak sihat, kepala penin2 dan yang paling tak best, aku malas nak buat apa2 keje pun..Wargh~ bila la alahan ni nak berakhir? Aku ni sememangnya tengah bosan dok kat opis ni. Yela, tak ada keje sangat..ditambah lagi dengan condition tubuh badan yang semendangnya tak sihat ni (T_T)

Tapi tak apa la..demi baby aku yang tercinta ni, akan kuharungi segala dugaan ni..hoho!. Aku nak cite lelebih pun, aku tak tau nak cite pasal ape. Yang aku tau, aku tak selesa langsung dengan keadaan aku sekarang ni. This month, masuk 2 bulan la aku pregnant..takpe..sabo banyak2..hihi (pujuk diri sendiri).

OK, aku dah ketandusan idea..

pala berpusing2..badan lemah gila..

daa~

mom-to-be..

all about my life stories.. No Comments

Huhu..saje nak post entry sbb boring n xtau nak buat pe lagi dah. Skang tgh dok kat opis n aku tersangat la bosan di samping pening pala+ngantuk+loya tekak = alahan ibu mengandung..hehe.

Sebenarnya skang ni aku dah nakbakal jadi mama orang..last 2 weeks aku ada la buat pregnant test n keputusannya..positif!! Tapi aku still x caye n last week aku cek kat doktor, kebetulan lak aku asik pening2 n tekak asik loya je..tapi x muntah. Keputusannya tetap sama n aku disahkan pregnant 5 weeks!! (masuk minggu ni 6 weeks la..) : )

Hepi sangat sebenarnya sbb aku mmg nak bby sangat!. Syukur alhamdulillah!! Hopefully aku dapat jadi mama yg baik n dapat anak yg soleh/solehah..insyaALLAH~ Delivery date aku maybe awal bln 9..takut tapi x sabar..hehehe~

Dats all..

bye2

kalo anak aku comey camni kan best,,hihi~

kalo anak aku comey camni kan best,,hihi~

huhu..

all about my life stories.. No Comments

Lama gak aku x wat entry..hihi..bukan pe..bz ckit. Skang aku dah praktikal..masuk sebulan dah aku praktikal kat sini. So far, k la..eventho’ cam xde keje nak wat. Standard la kan..nama pun praktikal..bukan keje btol2 lagi pun..Komen pasal tempat aku praktikal nih? erm.,tahla..no komen!! tapi xla truk pun..k je. Aku still la de kawan2 seperjuangan kat sini. Senang citer, jauh lebih ok drp dok terperap kat ostel cam dulu. Aku rasa syukur sesangat sebab dah kuar drp tempat tuh. Fiuh~

Nway, tu sajer la dulu utk entry dis time..hihi

da~

Stacie Orrico - Stuck

all about my life stories.., laguku.. No Comments

I can’t get out of bed today
Or get you off my mind
I just can’t seem to find a way
To leave the love behind

[Bridge:]
I ain’t trippin
I’m just missing you
You know what I’m saying
You know what I mean

You kept me hanging from a string
Why you make me cry?
I tried to give you everything
But you just gave me lies

[Bridge]

[Bridge 2:]
Every now and then
When I’m all alone
I be wishing you would call me on the telephone
Say you want me back
But you never do
I feel like such a fool
There’s nothing I can do..
I’m such a fool
For you

[Chorus:]
I can’t take it
What am I waiting for?
My heart’s still breaking
I miss you even more
And I can’t fake it
The way I could before
I hate you but I love you
I can’t stop thinking of you [last time x2]
It’s true
I’m stuck on you

Now love’s a broken record that’s
Been skipping in my head
I keep singing yesterday
Why we got to play these games we play?

[Bridge]

Every now and then
When I’m all alone
I be wishing you would call me on the telephone
Say you want me back
But you never do
I feel like such a fool

[Chorus]

[Bridge 2]

[Chorus]

p/s : Lama dah x dengar lagu nih..salah satu lagu peberet masa zaman poli dulu..teringat gak zaman skola dulu..zaman cintan monyet..ahakz~

« Previous Entries